Friday, January 18, 2008

Kawan

I do not know what to post, so I am posting another ghost story. During form 4, we are requested to write a ghost story as an assignment for our BM project. I am sorry that the story is in BM, so to those who don't understand BM, I am sorry.





Kawan


Saya merupakan pengacara radio(radio DJ) di sebuah stesen radio. Pengalaman pekerjaan saya agak menarik dan saya menemui pelbagai orang dengan pelbagai cerita yang menarik di talian telefon setiap hari. Terdapat satu peristiwa yang tidak dapat saya lupakan dan saya ingin mengongsinya bersama kamu.

Memang telah menjadi satu kebiasaan stesen radio kami membuka talian telefon untuk orang awam mengongsi pengalaman mereka yang menakutkan bersama kami pada pukul 11.50 malam pada setiap hari Khamis. Saya dipilih untuk mengacara rancangan ini pada setiap minggu. Pada kebiasaannya,tiada kejadiaan aneh yang berlaku walaupun rancangan ini diteruskan sehingga larut malam. Tetapi pada suatu minggu yang telah ditakdirkan saya menemui peristiwa yang aneh ini apabila terdapat seorang budak yang bernama Hong menelefon masuk.Masa itu pukul 12.05 tengah malam.

“Hello,apa khabar? Stesen ini adalah stesen radio 9.88,boleh saya mengetahui siapakah di talian?”,saya menjawab dengan penuh rasa kemesraan,memang tidak sesuai untuk rancangan ini.

“Khabar baik,saya bernama Hong dan saya mempunyai satu cerita yang hendak dikongsi bersama kamu”,jawab suara di talian. Dari nada suaranya,saya dapat mengenal pasti bahawa suara ini merupakan suara budak kecil.

Hong memulakan ceritanya….
Saya mempunyai seorang kawan. Namanya saya tidak boleh memberitahu kamu sebab saya menyayanginya. Saya mula mengenalinya di darjah empat. Kawan saya kematian ayahnyanya semasa dia di darjah tiga dan kematiaan ayahnya memberi kesan yang besar kepadanya. Ayahnyalah yang sentiasa memberi kasih dan sayang kepadanya,manakala ibunya kurang menmpendulikannya.selepas kematian ayahnya,ibunya sering memukulnya. Ibunya meneruskan kehidupan bersama lelaki yang lain dan tidak mempendulikannya. Ibunya sering membawa lelaki yang berlainan balik ke rumah dan jika tidak silap saya,ibunya telah melibatkan diri dalam pelacuran.Hidup dan makan kawan saya ini tidak terurus dan dia sangat kurus. Walaupun rumah tangganya bermasalah dia datang ke sekolah setiap hari.
Semasa saya mengenalinya di darjah tiga,mukanya memang sentiasa pucat selepas kematiaan ayahnya mukanya bertambah pucat. Di kelas dia sering kelihatan lemah dan terdapat beberapa kali dia hampir terpengsan. Dia mempunyai usaha untuk belajar tetapi tidak cemerlang kerana keadaannya tidak mengizinkan. Apabila saya bertanya kepada dia adakah dia berpenyakit, kepala dia akan tunduk dan tidak bercakap apa-apa. Di sekolah rakan-rakan dan guru tidak mempendulikannya dan sering kali terdapat pelajar mengambil kesempatan membulinya. Hanya saya seorang menjadi kawannya kerana saya berasa kasihan dengannya. Kami berkawan dan saya sering membantunya walau dalam apa jua perkara. Kami menjadi sahabat yang sangat akrab dan saya boleh merasakan bahawa persahabatan kami dicemburui orang lain.
Terdapat satu kali di mana haiwan peliharaan elektronik(Tamagochi) kawan saya dirampas oleh sekumpulan pelajar. Dia dibuli dan dipukul. Apabila saya mengetahui perkara ini,saya pergi berjumpa dengan kumpulan pelajar ini untuk merampas balik Tamagochi itu.Merka merupakan samseng tetapi saya tidak takut.Saya bergaduh dengan mereka dan kepala saya berdarah dipukul. Saya dimasukkan ke hospital kerana luka yang agak parah. Walaubagaimanapun saya berjaya merampas balik Tamagochi itu. Kawan saya menangis melihat keadaan saya. Dia berkata,”Hong, tidak berbaloi kamu mencederakan diri untuk saya yang Cuma sampah.Kamu melayan saya terlalu baik.” Saya memberitahunya,”Kawan di dunia ini tida sesiapa yang patut menganggap dirinya layak untuk hidup atau dirinya ialah sampah,semua orang adalah sama di sisi Tuhan.”Bagi saya,saya tahu Tamagochi itu amat penting untuknya kerana itu merupakan hadiah dara ayahnya dan menjadi teman pada masa kesunyiaan.
Kejadiaan itu menambahkan lagi keakraban persahabatan kami dan saya mula menganggapnya sebagai adik saya. Saya mula memperkenalkan agama Kristian kepadanya. Saya menceritakan kepadanya bagaimana Jesus diseksa oleh orang Rom sehingga cedera pada seluruh badan dan bagaimana Jesus dipaksa memakai mahkota berduri di atas kepalanya. Saya menjelaskan kepadanya bahawa Jesus berkorban semata-matanya untuk menyelamatkan kita daripada dosa kita. Tetapi kawan saya tidak dapat menerima kenyataan ini. Dia berkata,”Kenapa dia harus berkorban untuk saya?Saya boleh berkorban untuk diri saya.Dia tidak seharusnya berkorban untuk saya.” Saya terkejut apabila saya terdengar kata-kata dia.Diri saya yang menghadiri kelas agama pun tidak pernah terfikir perkara ini.
Beberapa minggu selepas kejadian ini,muka kawan saya bertambah dengan pucat secara tiba-tiba. Dia terbatuk-batuk dan muntah di dalam kelas. Saya cuba untuk membantunya tetapi dia melarikan diri daripada saya. Saya berasa sedih dengan perubahan sikap dia . Saya cuba untuk mengejarnya tetapi terjatuh.”Kawan,kenapa kamu melarikan diri daripada saya?”saya bertanya.”Cukup Hong,saya sudah banyak menyusahkan kamu,kamu tidak patut menjadi kawan saya,kamu tidak akan bahagia,rosak imej kamu,kamu adalah seorang pelajar yang cemerlang,terdapat banyak orang yang kamu boleh bergaul dengan tetapi bukan dengan saya,butiran sampah yang tidak berguna. Dia terus melarikan selepas berkata. Saya menangis mengenangkan kata-kata dia.
Hari keesokkanya dia tidak datang ke sekolah. Saya berasa bimbang dan melawat rumahnya. Dia tinggal di rumah pangsa kos rendah. Apabila saya sampai di sana,saya terdengar suara riuh-rendah. Saya nampak kawan saya sedang berlari ke arah seorang wanita yang saya tahu ialah emak dia. “Mak,jangan tinggalkan saya mak.Saya berjanji saya saya akan mematuhi apa yang mak kata.Mak saya betul-betul perlukan kamu.Mak…!”dia menjerit dengan tangisannya yang tersedu-sedan. Tetapi tanpa sebarang rasa belas kasihan,emaknya menuju ke arah tangga bersama dengan bagasinya dan meninggalkannya. Kawan saya itu hanya mampu terbaring di situ. Saya berlari ke arahnya dan cuba menenangkannya. Dia memandang saya dengan matanya yang merah dan lebam dan masih menangis. Di atas badannya terdapat kesan rotan yang masih segar lagi. Dia menceritakan kepada saya peristiwa yang berlaku. Semalam apabila dia baru balik dari sekolah dan membuka pintu rumah,dia terdengar suara mengiau-ngiau datang dari bilik maknya. Dirinya yang tidak mengerti apa-apa,menolak pintu bilik dan ternampak emaknya bersama dengan seorang lelaki di atas katil. Kedua-duanya dalam keadaan bogel. Dia terkejut melihat ini. Emaknya tanpa berkata apa-apa terus memakai baju dan keluar dari bilik. Emaknya mencapai rotan dan terus memukulnya dengan kuat. Bertalu-talu pukulan rotan hinggap di atas badannya. Lelaki yang bersama dengan emknya pula duduk di atas katil sambil menghisap rokok. Kawan saya memberitahu saya bahawa sebenarnya itu cuma ibu tirinya. Ibu kandungnya telah meninggal dunia semasa dia dilahirkan.
Saya cuba untuk menenangkan dia dan membawa dia masuk ke dalam rumah. Saya tidak boleh membawa dia balik ke rumah saya kerana ibu bapa saya telah lama membantah persahabatan kami. Saya memberitahunya supaya menunggu di sini dan saya akan membawa bekalan makanan untuk dia. Malam itu,dia dtinggalkan seorang diri di rumah.
Saya tidak dapat melelapkan mata saya pada malam itu kerana saya bimbangkan keselamatan dia. Saya bimbang dia akan berkelakuan bodoh. Tetapi, tidak lama kemudian saya terlelap kerana terlampau penat. Saya termimpi,dalam mimpi semuanya putih dan saya ternampak kawan saya,dia tersenyum dengan saya dan berlalu dari situ. Saya tersedar dari mimpi dan berasa sangat takut. Degupan hati saya bertambah dan muka saya dibasahi peluh. Saya segera pergi ke rumah kawan saya yang tidak berapa jauh dari rumah saya. Setelah sampai di sana,lampu rumahnya tidak dipasang. Rumahnya sangat gelap. Saya mengetuk pintu beberapa kali tetapi tiada jawapan. Saya cuba membuka pintu rumahnya,rupanya tidak berkunci. Saya masuk ke dalam dan mencari kelibat kawan saya. Saya ternampak dia terbaring di satu sudut dengan badan tidak bergerak. Saya segera memasang lampu dan mendapatkan dia.”Bangun kawan,bangun!”,saya menjerit. Tetapi dia masih tidak sedar diri. Mukanya sangat pucat dan bibirnya pun tidak berwarna. Tiba-tiba terdapat seorang lelaki meluru masuk. “Budak,apakah yang kamu sedang buat disini?”,dia bertanya dengan suara yang agak garang. ‘Encik,tolong saya,kawan saya ini sudah hampir nak mati.”,rayu saya. “Kawan apa?”,dia bertanya seperti tidak mengerti apa-apa. (Saya berasa sedikit marah pada masa itu. Tidakkah dia nampak kawan saya yang terbaring di…) Eh,kawan saya sudah hilang! Tidak mungkin,tidak! Saya menjadi bingung pada masa itu. Lelaki itu menjelaskan kepada saya bahawa dia merupakan jiran rumah ini dan tiga hari yang lalu dia ternampak budak rumah ini terpengsan di depan rumahnya. Dia segera menghantarnya ke hospital dan dia memberitahu saya bahawa kawan saya berada dalam keadaan kritikal. Budak itu sebenarnya menghadapi penyakit leukimia. Patutlah dia selalu kelihatan pucat dan rambutnya pula sering gugur. Kawan emak saya pernah mati disebabkan oleh penyakit ini dua tahun yang lalu. “Encik,di hospital manakah dia berada?”,saya bertanya dengan cemas. Dia merelakan dirinya menghantar saya hospital itu.
Dalam perjalanan ke hospital,seribu satu soalan timbul dalam otak saya. Saya baru nampak dia petang ini tetapi dia sudah berada di hospital selama tiga hari. Tidak mungkin! Saya baru nampak dia di sekolah hari itu. Tetapi saya baru sedar yang dia menjadi sangat senyap dan tidak menegur saya pada hari itu. Kawan-kawan yang lain pula macam tidak sedar kehadiran dia walaupun dia asyik batuk-batuk. Tetapi segala misteri itu tidak penting. Yang penting saya harus tahu keadaannya sekarang. Setelah sampai ke hospital,saya dibawa ke wadnya. Saya nampak dia terlantar di atas katil. Mukanya sangat pucat…
“Hong,akhirnya kamu datang…”dia tersenyum sambil berkata apabila dia ternampak saya. “Saya tentulah akan datang,kami ialah kawan yang tidak dapat dipisahkan.”,saya berkata dengan terketar-ketar. Air mata saya mula menitis dan setitik hinggap di atas mukanya. Saya tahu dia tidak dapat bertahan sehingga hari esok. Dia sudah terlalu lemah. “Janganlah nangis,Hong…,kamukan lelaki.”,dia berkata. Saya berasa marah dengan diri saya kerana menunjukkan kelemahan saya di depan dia. Tetapi saya betul-betul tidak dapat menahan perasaan saya. “Biarlah kita menghargai masa yang ada.”saya berkata. “Hong,tahukah kamu sebenarnya apa yang kamu memberitahu saya tentang lelaki yang dipaksa memakai mahkota berduri semata-mata untuk menyelamatkan kita, sebenarnya tidak memakai mahkota berduri tetapi mahkota yang disalut dengan emas yang dihiasi dengan batu permata yang paling cantik.”,dia memberitahu saya. “Sekarang saya akan pergi bersama lelaki ini.”,dia menuding jari ke satu sudut dalam bilik itu. Saya tidak dapat nampak apa-apa pada sudut itu tetapi boleh merasakan satu kehadiran yang menyelesakan. “Hong…”,dia memanggil nama saya sambil tersenyum dan menghembuskan nafas terakhirnya. Tangannya memegang tangan saya dengan kuat. Saya meraung sekuat-kuatnya memanggil nama dia dan memujuknya supaya sedar kembali. Tetapi saya tahu itu semua tidak berguna.
Kini,dia telah meninggal dunia,kawan karib saya. Dia tidak mempunyai upacara pengembumian. Mayatnya disimpan di hospital. Emak tirinya menanggung kos itu dengan penuh paksaan. Saya berdoa selama seminnggu untuk kawan saya.
Pada suatu hari,seminggu selepas kematiannya,saya termimpi dia. Dalam mimpi dia kelihatan sangat gembira dan ada cahaya yang menyelubunginya. Dia memberi saya sehelai kertas yang mengandungi lukisan.Lukisan itu memaparkan pemandangan di syurga. Dia juga memberi saya Tamagochi dia. Kemudian dia melambai pada saya dan hilang barsama cahaya. Apabila tersedar dari mimpi,saya ternampak lukisan dan Tamagochi itu di atas meja saya. Dia memang pernah datang. Air mata saya bergenang kembali….

* * * * * * * * * * * *

…Sudah seminggu selepas kematiannya. Kini saya duduk seorang diri semasa rehat kerana tida kawan. Sya masih tidak dapat lupakan dia. Di depan tempat saya duduk terdapat beg rakan saya. Tiba-tiba terdapat sepasang tangan keluar dari beg itu. Kulit tangan itu sungguh pucat. Kemudian diikuti dengan badannya dan kepala. Lembaga itu mempunyai rambut yang panjang dan kuku hitam yang tajam. Lembaga itu merangkak dengan cepat ke arah saya. Tidak tahu mengapa,saya hanya duduk terkaku di situ,tidak bergerak,tidak menjerit. Lembaga itu hampir mendapatkan saya tatapi tiba-tiba masuk ke dalam beg semula. Kemudia saya terdengar suara tangisan. Saya ternampak kawan saya duduk di sebelah saya. “Kenapakah kamu boleh berada di sini?”,tanya saya kehairanan. “Terdapat satu takdir yang tidak dapat dielakkan akan menimpa kamu.”dia berkata. Kemudian saya tersedar dari mimpi apabila terdapat seorang pengawas memanggil nama saya. “Ah,mimpi rupanya aku!”,saya memberitahu diri. Sebenarnya itu bukan mimpi. Itu merupakan petanda untuk saya. Tengah hari itu,semasa saya sedang melintas jalan,tiba-tiba sebuah lori yang besar meluru ke arah saya. Lori itu tidak ada di sana sebelum ini. Badan saya berlumuran darah. Nafas saya tercungap-cungap. Banyak orang mengelilingi saya. “Saya tidak mahu mati,saya tidak buat salah…”,saya berkata. Kemudian,segalanya menjadi gelap. Kini saya faham mengapa saya dapat berhubung dengan roh. Ajal saya sudah hampir nak tiba,oleh itu saya dapat berhubung dengan orang yang sudah nak mati. “Kawan saya datang menemanimu…”

* * * * * * * * * * * *

Suara di talian menangis teresak-esak. Telefon diletakkan. Tiba-tiba seluruh stesen radio menjadi gelap,kemudian, kemudian terang semula. “Tim,kenapakah dengan kamu?”,tegur penyelaras bunyi. Saya melihat jam,sekarang baru pukul 12.05 tengah malam. Masa tidak berlalu pun. Adakah kejadian tadi khayalan saya atau….?

Am I pretty?

0 raindrops:

Post a Comment